Apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan
terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu
dengan lelaki?
Pendapat yang pertama
1) Sunat Bercelak Mata
Ibnu
Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah
kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan
menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam
hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya,
Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
2) Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti
mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata
boleh mendatangkan beberapa faedah :
ü
Menyihatkan mata
ü
Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
ü
Menghilangkan penyakit mata
ü
Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak
mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja
tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti
mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan
sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah
berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang
dilarang.
Namun,
jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah
adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan
untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.
Pendapat yang kedua
Hukum
memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan
perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn
Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah
pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali
memakainya"
Dalam
hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa
yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk
juga kaum wanita.
Jadi
ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada
larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.
Perlu
di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya
celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang
banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada
kaum lelaki.
wallahualam bi shawab. .